MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada May 13, 2024

BERAS MAKANAN RUJI UNTUK PELAJAR TAHFIZ

RM145 / 4.83 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

8 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

AYUH TAMBAH BEKALAN AKHIRAT DENGAN MEMBANTU MEMBEKALKAN TENAGA BUAT PELAJAR TAHFIZ MENGHAFAL AL-QURAN.


Assalamualaikum wbt muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Alhamdulillah berkat sumbangan dan perkongsian muslimin dan muslimat di kempen sebelum ini kami berjaya memperoleh RM200 untuk membeli beras buat keperluan anak-anak tahfiz di maahad kami. Oleh itu, dikesempatan yang masih terluang ini kami ingin membuka lagi peluang buat muslimin dan muslimat yang ingin terus menyumbang membantu kami membeli beras buat anak-anak tahfiz di sini.



Nasi merupakan makanan ruji anak-anak tahfiz di maahad kami. Oleh itu, sumbangan untuk membantu kami membeli beras amatlah kami hargai kerana di Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah kami menyediakan makanan berasaskan beras sebanyak dua kali kepada para pelajar iaitu pada waktu tengah hari dan malam.



Penyediaan nasi sebagai menu utama di maahad kami amatlah penting kerana nasi merupakan karbohidrat yang perlu untuk menjana tenaga para pelajar di sini. Selain itu, pembelajaran seperti menghafal Al-Quran memang memerlukan banyak tenaga untuk mendapatkan hafalan yang berkualiti.


Akhir kata, setiap sumbangan dan perkongsian yang diberikan oleh muslimin dan muslimat amatlah kami hargai dan semoga setiap sumbangan yang diberikan oleh muslimin dan muslimat menjadi asbab yang membantu memberatkan timbangan amalan muslimin dan muslimat di hari akhirat kelak. Semoga Allah sentiasa memberkati jasa baik muslimin dan muslimat.



“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga. “Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.” Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat. Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad. Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa. Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”

(Riwayat Al-Bukhari 1897 dan Muslim 1705)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2024

MUHAMAD RUMZI MAMAT

Menyumbang sebanyak RM20.00

May 14, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 14, 2024

Kempen Sumbangan Tamat