Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jul 19, 2024
RM125 / 4.17 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
10 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Allah SWT yang berkuasa telah menjadikan binatang lembu sebagai bukti yang menunjukkan bukti kekuasaan Allah SWT. Manusia dapat mengambil pelbagai manfaat daripadanya antaranya seperti daging, tulang, kulit, tanduk, ekor, perut dan lain-lain lagi. Daging lembu merupakan makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan mengandungi zat besi yang tinggi baik membantu meningkatkan kesihatan dan pertumbuhan badan para pelajar yang sihat selain dapat memastikan mereka dalam keadaan terbaik untuk menghafal dan mempelajari Al-Quran.
Bagi memastikan tahap tenaga dan fizikal serta mental para pelajar berada pada kondisi yang baik, pihak maahad berusaha menyajikan menu pemakanan yang seimbang dan sihat. Oleh itu, kami ingin membuka peluang kepada anda seikhlas hati untuk menyalurkan dana infaq daging di hari Jumaat mulia ini.
Allah SWT telah menjanjikan pahala yang berlipat ganda dengan amalan infaq sepertimana dalam firman-NYA yang membawa maksud:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah: 261)
Masya-Allah, betapa banyak ganjaran pahala yang kita akan dapat dengan mengamalkan amalan sedekah ini. Kita berharap dengan sumbangan anda ini untuk menghidupkan pusat-pusat agama diterima oleh Allah SWT dan meraih keredaan Allah SWT kelak.
Akhir sekali, ayuh kita salurkan kasih dengan berinfaq bermula RM10 untuk pembelian daging segar untuk pelajar tahfiz anak yatim dan asnaf ini. Dengan menyediakan makanan yang berkhasiat, insyallah akan membangkitkan semangat mereka untuk berjaya dengan cemerlang dalam bidang hafalan Al-Quran. Semoga Allah SWT merahmati para penderma dan keluarga dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 30, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
Jul 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jul 22, 2024