Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah
Dimulakan pada Feb 22, 2024
RM1,390 / 2.78 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
13 Penyumbang
103 Baki Hari
Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Hanafiah merupakan sebuah institusi pengajian tahfiz yang beroperasi secara percuma. Fokus utama penubuhan Maahad ini adalah untuk menempatkan anak yatim, asnaf serta golongan yang kurang berkemampuan mendapatkan pendidikan agama yang berkualiti sama seperti kanak-kanak diluar. Kesenjangan ekonomi keluarga bukanlah penghalang bagi anak-anak mendapatkan pendidikan yang terbaik. Justeru, dengan adanya Maahad Tahfiz yang beroperasi secara percuma ini merupakan platform terbaik bagi mereka yang memerlukan.
Walau bagaimanapun, pihak maahad mengalami kesuntukan dan kekurangan dana bagi membeli sebuah van untuk kegunaan para pelajar maahad kami. Sebuah van ini mampu memuatkan keseluruhan pelajar kami memandangkan pelajar di maahad kami hanya mempunyai 14 orang sahaja. Namun, van ini sangat diperlukan bagi membawa para pelajar menunaikan solat jumaat, memenuhi jemputan doa selamat, kenduri, lawatan ilmiah dan sebagainya.
Di samping itu, Pertubuhan Kebajikan Pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Lil Banat Al-Hanafiah menjalankan beberapa aktiviti kemasyarakatan yang memerlukan pergerakan perjalanan dari semasa ke semasa seperti menyantuni golongan asnaf dan B40, mewakafkan cermin mata bagi pembacaan Al-Quran di masjid-masjid, aktiviti membersihkan tanah kubur, kelas pengajian Al-Quran, aktiviti korban dan banyak lagi. Namun, ketiadaan kenderaan khusus menyebabkan kami terpaksa menyewa kenderaan luar bagi menjayakan program-program kemasyarakatan dan untuk membawa para pelajar ke program luar.
Anggaran kos bagi tujuan tersebut adalah sebanyak RM94,180.20 dan pihak pertubuhan telah membayar RM70,000 sebagai wang deposit. Justeru, kami menyeru mana-mana individu atau syarikat yang sudi menyumbang bagi kelancaran proses pembelian sebuah van.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya." (Surah al-Baqarah, ayat 261)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jun 24, 2024
SALAZIAH BINTI SALIM
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 10, 2024
HAMBA ALLAH
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 29, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Mar 15, 2024