KUMPUL SAHAM PAHALA BERTERUSAN DENGAN INFAQ UNTUK PENDIDIKAN PELAJAR TAHFIZ MISKIN DARI SABAH DI MAAHAD KAMI. SEMOGA SUMBANGAN KALIAN DIBERKATI ALLAH SWT.
Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan sukacitanya berbesar hati mengadakan kempen Bantuan Pendidikan Pelajar Tahfiz Miskin dari Sabah. Program ini bertujuan untuk memberikan peluang pendidikan bagi 2 orang pelajar tahfiz miskin dari kawasan pedalaman Tawau, Sabah untuk belajar mendalami agama dan mengejar cita-cita mereka menjadi huffaz.
Pihak Maahad sedar bahawa pelajar tahfiz miskin di Sabah menghadapi cabaran ekonomi yang menyukarkan mereka mendapatkan pendidikan berkualiti. Oleh itu, melalui kempen ini pihak maahad mengajak muslimin dan muslimat untuk memberikan bantuan kewangan yang diperlukan agar mereka dapat meneruskan pengajian agama dan tahfiz dengan lebih baik di maahad kami.
Setiap sumbangan dari para dermawan dan pihak yang prihatin akan digunakan sepenuhnya untuk memberikan bantuan pendidikan yang termasuk yuran sekolah, peralatan pembelajaran dan kelengkapan peribadi yang diperlukan. Kami berharap bahawa dengan adanya bantuan ini dapat membuka pintu peluang dan harapan bagi pelajar miskin dari Sabah ini untuk mencapai cita-cita dan menjadi aset yang berharga untuk masyarakat dan negara.
Jazakumullahu khairan jaza atas perhatian dan sokongan para dermawan. Setiap sumbangan mulai RM10 sangat bermakna dan memberi natijah besar dalam membantu pelajar tahfiz miskin dari Sabah ini untuk mencapai cita-cita mereka. Semoga Allah SWT membalas segala kebaikan para penyumbang dengan limpahan rahmat-Nya.
Jom #BuatBaik!