Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH
Dimulakan pada Jan 19, 2023
RM1,090 / 13.63 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
74 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Para penderma yang dikasihi Allah SWT. Pihak Jawatankuasa Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan tahlil bacaan yassin solat hajat dan khatam Al-Quran bagi mencari sumbangan khusus berbentuk wakaf, Infaq, hibah, zakat dan jariah akhirat RM10 atau seikhlas hati untuk kos infaq katil asrama untuk pelajar tahfiz asnaf yang tidak memiliki katil untuk tidur.
Oleh itu pihak Maahad telah melancarkan tabung derma kilat berbentuk infaq sambil beramal dengan menghadiahkan bacaan Yassin dan Tahlil untuk insan tersayang. InsyaAllah dengan infaq ini akan memberi manfaat buat seluruh anak tahfiz. Untuk makluman tabung kutipan untuk kutipan untuk asrama belum mencukupi. Justeru, pihak maahad berhajat mencari 800 orang penderma RM10 bagi tujuan untuk membayar kos katil asrama pelajar hafizah untuk asrama Maahad Tahfiz Nurul Hidayah .
Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia. Tidak hairanlah apabila seseorang itu bersedekah, ia adalah bukti keimanan kepada Allah. Cinta kepada Allah melebihi sayang kepada harta. Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud:
“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”
Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah. Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.
"Apapun harta yang kalian infakkan, maka Allah SWT pasti akan menggantikannya dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba: 39)
Akhir kata, pihak maahad merayu muslimin dan muslimat saling membantu atas jalan ketaqwaan keimanan kepada Allah SWT.
رجلٌ تصدَّق بصدقةٍ فأخفاها حتى لا تعلمَ شمالُه ما تنفقُ يمينُه
Yang bermaksud: “Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, ia menyembunyikan amalnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2023
SYUKOR
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 20, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 20, 2023