MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Aug 11, 2023

SEDEKAH JARIAH BEKALAN AIR BERSIH KEPADA PELAJAR TAHFIZ

RM1,560 / 6.78 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM23,000

57 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

INFAQ BEKALAN AIR BERSIH UNTUK PELAJAR TAHFIZ ASNAF DAN ANAK YATIM UNTUK MEMUDAHKAN MEREKA MENUNTUT ILMU DAN BERIBADAH.


“Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW yang bermaksud – Apabila mati anak Adam, akan terputuslah amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya” (Riwayat Muslim)


Pihak Maahad Tahfiz Al-Quran Nurul Hidayah dengan rendah hati ingin memohon sumbangan daripada para dermawan untuk bersama-sama menyumbang bagi menghadirkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian anak-anak tahfiz dan warga maahad.  Bekalan air bersih amat penting untuk para pelajar kami berwudhuk, bersuci, beristinjak dan lain-lain lagi.



Seperti yang kita sedia maklum air bersih amat penting dalam kelangsungan hidup seseorang manusia. Air digunakan dalam pelbagai bentuk membasuh, mandi, beribadat seperti mengambil wudhu dan sebagainya. Air bersih yang selamat dapat mencegah daripada penyebaran penyakit berjangkit yang berbahaya. Dengan sumbangan daripada Tuan/Puan dapat merealisasikan impian pihak maahad untuk hadirkan bekalan air bersih bagi kemudahan anak-anak tahfiz ini.



“Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?” Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….” (Hadith Saad Riwayat Abu Daud)



Pihak maahad mengucapkan jazakumullah khairan jaza kepada para penyumbang yang menyertai kempen sumbangan ini. InsyaAllah setiap sumbangan yang anda dermakan untuk proses pembinaan bekalan air bersih ini akan menjadi amal jariah berganda. Kami mendoakan semoga para penderma sentiasa dikurniakan rezeki yang halal lagi diberkati, dan Allah makbulkan segala doa dan permintaan serta Allah berikan rezeki yang berkat seperti mengalirnya air zam zam.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Aug 13, 2023

HAMBA ALLAH

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 13, 2023

AZLAN BIN ABDUL AZKZ

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat