Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM150 / 2.50 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000
12 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Kebanyakan keluarga seperti di Mannar, Batticolao, Trincomalee dan Puttalam berhadapan dengan cabaran asas - seperti akses air bersih. Bagi mendapatkan air bersih dan minuman ini mereka menghadapi tugas yang sukar kerana mereka perlu berjalan sejauh 1-2 km luar dari kawasan rumah mereka di kedai-kedai atau kawasan yang ada telaga air bersih.
Tugas yang dipikul ini sangat sukar dan kebanyakan tugas ini dipikul oleh kaum wanita dan kanak-kanak yang membantu ibunya bagi melakukan tugasan-tugasan rumah.
Terdahulu ketua projek Sri Lanka ada membuat tinjauan ke beberapa kawasan dan titik lokasi yang sesuai untuk membina telaga. Hasil tinjauan itu mendapati bahawa telaga yang sedia ada ini agak susah untuk mengalirkan kuantiti air yang banyak kerana telaga tersebut di paras cetek.
Hal tersebut boleh membawa kepada krisis sekiranya tidak ditangani segera terutama musim kemarau yang panjang. Selain itu, ada beberapa cadangan kawasan telaga akan dibina berdekatan kampung orang Islam juga. Di kebanyakan kawasan penempatan orang Islam bekalan kemudahan asas seperti air dan elektrik kurang diberi perhatian oleh kerajaan mereka.
Adapun kos menggali telaga dalam pula yang kedalamanya melebihi 100 kaki adalah di luar kemampuan. Banyak keluarga di sini semuanya tergolong dari golongan yang rentan dan berpendapatan rendah. Permintaan untuk bina telaga dalam sangat tinggi!
Oleh itu, Iltizam merayu kepada para penderma bantu saudara seislam di Sri Lanka. Negara Sri Lanka akan dijangkakan muflis pada bila-bila masa sekiranya kerajaan Sri Lanka gagal melangsaikan hutang luar negaranya.
Jom bantu masyarakat Islam di Sri Lanka membina telaga air bersih. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web kami di watertank.iltizamrelief.com.
Jom #buatbaik
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
ROZAIDA BINTI GHAZALI
Menyumbang sebanyak RM25.00
Jan 26, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Jan 26, 2024