Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
RM385 / 4.81 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM8,000
27 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Sesungguhnya anak-anak yatim itu seperti anak-anak kita yang perlukan pelbagai keperluan untuk kecergasan dan sihat khususnya keperluan untuk beriadah dan bersukan. Namun disebabkan sebahagian mereka terdiri daripada golongan asnaf, maka keperluan untuk memiliki peralatan untuk beriadah sukar untuk diperolehi. Dengan kos keperluan barangan atau alatan sukan yang bukannya murah, maka sangatlah perlu mereka dibantu untuk memilikinya.
Baru-baru ini kami ke beberapa rumah jagaan anak yatim persendirian di Selangor bagi melihat aktiviti seharian mereka berada di pusat jagaan tersebut. Namun kami mendapati ada keperluan yang diperlukan oleh anak-anak yatim asnaf ini iaitu basikal untuk mereka menjalani aktiviti beriadah di waktu petang selepas solat asar. Setakat ini, mereka hanya bermain bola sahaja dan tiada perlatan lain untuk beriadah sedangkan terdapat kawasan luas di sekitar pusat jagaan.
Oleh itu, sebagai usaha untuk menyantuni anak-anak yatim asnaf ini agar mereka dapat mempelbagaikan aktiviti petang mereka, maka pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia akan menyalurkan beberapa buah basikal di rumah-rumah jagaan anak yatim asnaf di sekitar Selangor dan Lembah Klang. Setiap rumah jagaan akan menerima sekurang-kurangnya lima buah basikal. Sasaran rumah jagaan anak yatim yang akan menerima bantuan basikal ini berjumlah 10 buah rumah dan keseluruhan jumlah basikal yang akan didermakan kepada mereka adalah dianggarkan 50 buah basikal.
Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempelawa orang ramai untuk bersama-sama menjayakan program bantuan ini dan semoga sumbangan yang dihulur akan mengembirakan golongan anak-anak yatim asnaf yang dirai. Mudah-mudahan sumbangan tuan puan akan diberi pahala dan ganjaran yang besar oleh Allah SWT.
Allah SWT berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat-gandakan (ganjarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak.” (Al Hadid: 18)
Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat untuk manusia. Dan amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah kegembiraan yang engkau masukkan ke dalam hati seorang mukmin atau engkau hilangkan salah satu kesusahannya atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau hilangkan kelaparannya. (HR. At-Thabrani)
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Aug 26, 2023
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Aug 26, 2023