Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Majlis berbuka puasa di West Bengal.
Mereka tidak ada juadah berbuka yang mewah. Namun tetap meriah.
Mereka amat berterima kasih kepada saudara mereka dari luar, seperti Malaysia, yang bantu mereka melalui Sadaqah Ramadan.
Itulah hebatnya Islam yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w, kita saling tidak kenal tetapi kita bersaudara dan bantu membantu.
Terima kasih atas sokongan anda. Walau RM1 anda beri kepada kami, besar nilainya kepada lebih 98% orang Islam yang miskin di sini.
Insya Allah kami masih buka untuk anda menyumbang iftar untuk umat Islam miskin di West Bengal kerana ada 700 keluarga dengan isi rumah hampir 7,000 orang (mereka anak ramai).
Belum terlambat selagi Ramadhan masih ada, ganjaran pahala berganda.
Sadaqah Ramadan West Bengal, biar gambar berbicara.
Belum terlambat untuk anda menyumbang. RM10 mampu beri makanan buka puasa untuk 1 keluarga selama 3 hari.
Alhamdulillah, ada bendera Malaysia tertegak di West Bengal!
Hari ini rakan NGO kami di West Bengal telah buat persiapan yang kemas seperti diarahkan kami.
Insya Allah, esok 100 keluarga dengan isi rumah lebih 600 orang akan mendapat barang dapur, dengannya insya Allah mereka akan masak untuk bersahur dan berbuka puasa.
Dapat membantu saudara seagama tanpa mengira sempadan juga adalah satu nikmat dari Allah.
Sebagai rakyat Malaysia, kita juga bangga bendera Malaysia terpampang di luar negara untuk membantu orang miskin di bulan yang mulia pula.
Dengan bajet terhad, kami hanya mampu memberi makan 100 keluarga untuk minggu ini.
Jika anda sokong, insya Allah kita mampu memberi makan lebih ramai lagi.
Mereka tiada pusat zakat atau baitulmal.
Mereka orang Islam, oleh itu mereka bukan keutamaan bantuan kerajaan negeri atau kerajaan pusat.
Mereka hanya ada kita, saudara seagama mereka.
Jom bantu.
Alhamdulillah, beginilah suasana iftar di West Bengal, anak-anak miskin dan yatim.
Walau RM10 anda sumbangkan, besar nilainya apabila beberapa orang berbuka puasa hasil sumbangan anda.
Ayuh, kita bantu umat Islam miskin di West Bengal (India).
Alhamdulillah, beginilah suasana iftar di West Bengal, anak-anak miskin dan yatim.
Walau RM10 anda sumbangkan, besar nilainya apabila beberapa orang berbuka puasa hasil sumbangan anda.
Ayuh, kita bantu umat Islam miskin di West Bengal (India).